Sunday, January 23, 2011

antologi REDZUU&HANIZUU (part 5)

*sambungan dari part 4

setelah aku dihukum sebegitu,aku telah menyimpan hasrat untuk keluar dari sekolah ini.jika logiknya apa lagi yang tinggal untuk aku disini,rekod ku sudah buruk,orang yang aku menaruh hati pun sudah berpunya.soal pelajaran??makin hari makin merudum..
maka dengan naluri hati aku yang kuat,aku bertekad untuk berpindah saja dari sekolah ini.
bapa ku juga telah maklum akan akan hal ini dan dia hanya bersetuju apa yang aku mahukan.
selang beberapa purnama aku menerima surat balas dari KEMENTERIAN PELAJARAN untuk berpindah secepat yang mungkin ke sekolah yang lebih berdekatan di rumah ku.
pada tanggal 9.9.2008 aku telah berpindah ke SMT SELANGOR SUNGAI BULOH..aku tidak begitu gembira  pabila suasana aku bersekolah di tempat baru ku ini masih belum sesuai akibat kebiasaan aku di sekolah lama sebagai pelajar asrama..disini aku menjadi pelajar luar asrama kerana lokasi sekolah itu berhampiran saja dengan rumah ku.
setahun sudah berlalu,aku masih lagi terbayangkan suasana di SMT  SHAH ALAM dan begitu juga dengan suraiya meskipun aku sudah mempunyai teman wanita,NISHA. dia adalah seorang gadis bertudung yang terlalu baik buatku..meskipun aku ligat dengan kecurangan terhadap dia , dia masih bersabar dengan lagak aku yang tidak terbatas. aku berselingkuh dengan gadis lain dalam masa aku bersama nisha,boleh dikatakan ramai juga wanita yang berselingkuh denganku.walaubagaimanapun di hari terakhir aku menduduki SPM,nisha menyatakan keputusannya untuk menamatkan hubungan kami pada hari itu oleh sebab kami tidak lagi bersefahaman.
aku tidak begitu sesal kerana dengan perangai aku sebigini aku sedar yang aku tidak pantas buat gadis yang sebaik dia.walaupun kami sudah tiada hubungan tetapi kami masih baik sebagai kawan kerana keluarga kami juga tahu tentang hubungan kami dan kami lebih  selesa bersahabat.
setelah aku tamat duduki SPM , aku masih lagi ligat dengan perangai aku yang tidak bermoral.aku semakin ligat memainkan hati gadis yang termakan janji manis aku , aku juga mengikis duit-duit mereka,bukan itu saja..aku juga meniduri sesetengah gadis yang termasuk dalam perangkap aku.sebegitu jahatnya aku.rupa paras seorang manusia tetapi berhati iblis.
pada suatu malam aku teringat akan suraiya seorang gadis yang pernah dahulu aku dambakan dan juga gadis yang dipandang serong di sekolahku dulu.aku menyimpan hasrat untuk menjadikan dia mangsa aku seperti gadis lain oleh kerana pemikiran aku yang terhasut oleh rakan-rakan di sekolahku.bagiku dia juga akan termasuk dalam perangkapku jika benar apa kata mereka bahawa suraiya gadis liar.dengan lantasnya aku menghubungi teman baikku di sekolah dahulu, Adila..
Adila telah memberi aku nombor yang diguna pakai oleh suraiya telefon tetapi seribu kali sayang kerana nombor itu tidak dapat dihubungi lagi.
adila memberi pula laman sosial suraiya pada ku,dari situ aku cuba pula menghubunginya namun masih juga dia tidak memberi apa-apa respon terhadapku.selama 3bulan aku menanti dan terus menanti.
suatu hari sewaktu aku sedang bekerja di dalam ofisku,apa yang aku harapkan....


***************************




-bersambung-

1 comment: