KRINGG!
Terasa bingit sungguh deretan alunan bunyi jam loceng dikamarku ini dan itu tandanya subuh telah menyinsing. Angin dingin pagi meligatkan aku untuk bangkit dari lenaku dan ianya seakan - akan menghasut aku untuk terus - terusan terlena dengan tidurku. Namun, tika itu juga halwa telingaku pantas mendengarkan pekikkan suara ibuku yang nyaring sekali. Ah! mengeluhku dalam hati, niat aku langsung terbatal sejurus nyaringan suara yang memanggilku itu berbisik di telinga. Lantas, aku bingkas memaksa segala keringatku untuk bangkit dari tempat beraduku dan menuju ke kamar mandi untuk membersihkan diri. Dingin air pancuran menyegarkan seluruh tubuh badanku. Segala keliatan tubuhku sebelumnya mula berfungsi sedikit demi sedikit. Bebola mataku kian cergas tanda aku semakin bersedia menghadapi hari ini. Hari yang tak pernah aku nantikan di mana aku akan meninggalkan sekolah lamaku yang mewujudkan sejuta kenangan di dalam benakku saat ini. Seakan tidak sanggup aku menghadapi realitinya bertukar ke sekolah baru yang aku belum pasti akan nikmatnya menjalani kehidupan yang mendatang disitu. Namun, kata orang tak kenal maka tak cinta bukan! jadi aku cuba merelakan hal ini berlalu walau tanpa sekelumit rasa merelainya.
Perjalanan aku menuju ke destinasi baru tidak memakan masa yang begitu lama. Sedar tak sedar, perkarangan dunia baru yang akan aku amati sebentar lagi sudah mula kelihatan dan dengan sekelip matanya banggunan yang tersergam indah itu mula berada betul - betul di depan mataku. Berat hati semakin menguasai aku saat kaki aku mula menjejaki tapak persekolahan itu. SMT SHAH ALAM . Itulah dia dunia baruku. Saat suasana hingar - bingar dengan para pelajar yang sedang berpusu - pusu menuju kearah destinasi yang entah apa - apa itu. Saat itu jugalah mataku semakin meliar memandang sekeliling melihat ratusan pelajar sepertiku yang juga akan mendaftar masuk sebagai junior di sekolah ini. Keluhan demi keluhan aku hembuskan. Langkah kaki aku kian berat, terasa bagai tali besi merantai seluruh pergelangan kakiku hingga sesaat pun tidak bisa aku melangkah dan terus melangkah. Ikutkan hati, ingin sekali aku membuka seribu langkah untuk berlalu meniggalkan tempat ini. Namun apakan daya, inilah destinasi aku. inilah pintu harapan buatku barangkali!
Dorm Amanah ? haa, itulah penginapan aku selama bergelar pelajar SMT SHAH ALAM. Aku cuba menyesuaikan diri setibanya aku di situ. Matahari kian tenggelam tanda akan munculnya maghrib. Kami diarahkan untuk ke surau berjemaah bersama. Selepas berjemaah kami diberi taklimat oleh ketua guru asrama akan perihal etika pelajar di sekolah ini. Ah! sungguh membosankan, aku hanya mampu untuk diam membisu dan acuh tak acuhkan nasihat itu. Aku merasa itu lebih pantas buat aku sebagai pelajar baru.
Seminggu berlalu, aku sudah mula merasakan keseronokannya di sini bersama rakan -rakan baruku. Gelaran juga turut diberikan oleh mereka buat aku. Dek kerana namaku Mohamad Fareed Ahmad maka RED @ MERAH itulah nama baruku disini dan aku cukup senang dengan nama itu. Hari yang mendatang menjadikan aku semakin matang dalam menerima dunia baru ini. Aku mula menerima segala - galanya kini.
Sebulan sudah berlalu, tiba masanya pelajar panggilan kedua mendaftarkan diri. Aku mula merasakan keterujaan itu. Niatku dalam hati, "siapa tahu kalau - kalau ada yang sedap mata memandang, untung - untung mungkin ada 'chance' untuk dipikat menjadi kekasih hati". Lantas, aku tertawa sendiri seakan memerli niat hati yang aku ciptakan itu. Aku kembali ke dunia nyata sewaktu loceng rehat kedengaran, sedang aku bergegas untuk ke kantin, tiba - tiba aku disapa oleh kawan baikku, Athif.
Athif: Weh! Red, ada awek baru. Cun gila, mantap duh.
Redzuu: Oh! ye ke?
Redzuu: Oh! ye ke?
Athif: Hah! tu dia, tu dia . . . . !
Redzuu: Mana ?
Redzuu: Mana ?
Sedang aku melihat ke arah yang ditunjuk oleh Athif, di situlah detiknya aku mula terpesona dengan insan ciptaan Tuhan yang bernama . . . . . . .
****************************
- bersambung -
No comments:
Post a Comment