Sunday, January 30, 2011

-perihal aku-



aku adalah cahaya mata yang dilahirkan tepat tanggal 
-4/8/92-
hasil perkahwinan dua orang insan yang bergelar ibu dan ayah..
sejurus itu.....
-MOHAMAD FARED AHMAD-
nama yang telah dipilih dan diangkat,maka terukirlah diatas dedaunan pohon disyurga dimana semua nama-nama umat manusia juga telah berpucuk sejak dilahirkan..
aku juga hanya insan biasa ..
yang mencari kesempurnaan dalam keluarga yang sederhana tidak begitu kaya dan juga  terlalu susah..
di usia ini,aku telah mengenali ramai sahabat yang memberi asam garam dalam kehidupanku..
detik berganti detik,aku kian membesar dengan pengalamanku..
segalanya aku rasai sebagai seorang remaja..
begitu juga ...
-CINTA-
cinta yang dianugerahi oleh ALLAH S.W.T yang sukar sekali untuk ditakrifi oleh semua pihak..
begitu indah namun ditenggelami oleh kesakitanyannya..
sakit??
sakit yang aku sendiri tidak pasti..
masih mencintai walhal ia merobek hati dengan rakus!!
hehe...ramai orang kata itu hanya cinta monyet...
walaupun ianya cinta monyet,ia masih dinamakan cinta..
yang masih menggunakan perasaan untuk dirasai apa itu cinta..
aku?
aku telah rasa apa itu sebenarnya cinta..
cinta yang benar dari yang benar,
yang bukan dari ungkapan bibir yang memaksa..
-SURAIYA HANANI-
tercipta untukku buat sementara..
terpisah kerana kesilapanku sendiri..
kini..aku hanya menekan-nekan papan kekunci..
untuk manceritakan ceritera cinta antara aku dan dia..
REDZUU&HANIZUU
nama timangan yang dicipta aku dan dia tidak  mungkin bersama kembali, namun kenangan kami akan aku jadikan nukilan di dalam blog ini sebagai teladan...
dengan dorongan insan yang bernama sahabat (myra,kechik,ijat,pali,zizan,eda,ayu,kempenx,ipin,dan lain2) yang telah bernanah mendengar cerita aku tentang dia.hehe...

-AMIN-

Thursday, January 27, 2011

antologi REDZUU&HANIZUU (part1)




KRINGG!
Terasa bingit sungguh deretan alunan bunyi jam loceng dikamarku ini dan itu tandanya subuh telah menyinsing. Angin dingin pagi meligatkan aku untuk bangkit dari lenaku dan ianya seakan - akan menghasut aku untuk terus - terusan terlena dengan tidurku. Namun, tika itu juga halwa telingaku pantas mendengarkan pekikkan suara ibuku yang nyaring sekali. Ah! mengeluhku dalam hati, niat aku langsung terbatal sejurus nyaringan suara yang memanggilku itu berbisik di telinga. Lantas, aku bingkas memaksa segala keringatku untuk bangkit dari tempat beraduku dan menuju ke kamar mandi untuk membersihkan diri. Dingin air pancuran menyegarkan seluruh tubuh badanku. Segala keliatan tubuhku sebelumnya mula berfungsi sedikit demi sedikit. Bebola mataku kian cergas tanda aku semakin bersedia menghadapi hari ini. Hari yang tak pernah aku nantikan di mana aku akan meninggalkan sekolah lamaku yang mewujudkan sejuta kenangan di dalam benakku saat ini. Seakan tidak sanggup aku menghadapi realitinya bertukar ke sekolah baru yang aku belum pasti akan nikmatnya menjalani kehidupan yang mendatang disitu. Namun, kata orang tak kenal maka tak cinta bukan! jadi aku cuba merelakan hal ini berlalu walau tanpa sekelumit rasa merelainya.
Perjalanan aku menuju ke destinasi baru tidak memakan masa yang begitu lama. Sedar tak sedar, perkarangan dunia baru yang akan aku amati sebentar lagi sudah mula kelihatan dan dengan sekelip matanya banggunan yang tersergam indah itu mula berada betul - betul di depan mataku. Berat hati semakin menguasai aku saat kaki aku mula menjejaki tapak persekolahan itu. SMT SHAH ALAM . Itulah dia dunia baruku. Saat suasana hingar - bingar dengan para pelajar yang sedang berpusu - pusu menuju kearah destinasi yang entah apa - apa itu. Saat itu jugalah mataku semakin meliar memandang sekeliling melihat ratusan pelajar sepertiku yang juga akan mendaftar masuk sebagai junior di sekolah ini. Keluhan demi keluhan aku hembuskan. Langkah kaki aku kian berat, terasa bagai tali besi merantai seluruh pergelangan kakiku hingga sesaat pun tidak bisa aku melangkah dan terus melangkah. Ikutkan hati, ingin sekali aku membuka seribu langkah untuk berlalu meniggalkan tempat ini. Namun apakan daya, inilah destinasi aku. inilah pintu harapan buatku barangkali!
Dorm Amanah ? haa, itulah penginapan aku selama bergelar pelajar SMT SHAH ALAM. Aku cuba menyesuaikan diri setibanya aku di situ. Matahari kian tenggelam tanda akan munculnya maghrib. Kami diarahkan untuk ke surau berjemaah bersama. Selepas berjemaah kami diberi taklimat oleh ketua guru asrama  akan perihal etika pelajar di sekolah ini. Ah! sungguh membosankan, aku hanya mampu untuk diam membisu dan acuh tak acuhkan nasihat itu. Aku merasa itu lebih pantas buat aku sebagai pelajar baru.
Seminggu berlalu, aku sudah mula merasakan keseronokannya di sini bersama rakan -rakan baruku. Gelaran juga turut diberikan oleh mereka buat aku. Dek kerana namaku Mohamad Fareed Ahmad maka RED @ MERAH itulah nama baruku disini dan aku cukup senang dengan nama itu. Hari yang mendatang menjadikan aku semakin matang dalam menerima dunia baru ini. Aku mula menerima segala - galanya kini.
Sebulan sudah berlalu, tiba masanya pelajar panggilan kedua mendaftarkan diri. Aku mula merasakan keterujaan itu. Niatku dalam hati, "siapa tahu kalau - kalau ada yang sedap mata memandang, untung - untung mungkin ada 'chance' untuk dipikat menjadi kekasih hati". Lantas, aku tertawa sendiri seakan memerli niat hati yang aku ciptakan itu. Aku kembali ke dunia nyata sewaktu loceng rehat kedengaran, sedang aku bergegas untuk ke kantin, tiba - tiba aku disapa oleh kawan baikku, Athif.
Athif: Weh! Red, ada awek baru. Cun gila, mantap duh.
Redzuu: Oh! ye ke?
Athif: Hah! tu dia, tu dia . . . .  !
Redzuu: Mana ?

Sedang aku melihat ke arah yang ditunjuk oleh Athif, di situlah detiknya aku mula terpesona dengan insan ciptaan Tuhan yang bernama . . . . . . .

****************************




                                                                                   bersambung -

Wednesday, January 26, 2011

antologi REDZUU&HANIZUU (part 2)

*sambungan dari part 1

insan ciptaan tuhan yang bernama SURAIYA HANANI...
aku seperti tidak menjejakkan kaki ke tanah pabila melihat wajahnya.tubuhnya yang cantik,wajahnya yang ayu ditambah pula dengan lesung pipitnya menambat kuat lagi hatiku. detikan hati,ingin saja aku menegurnya..
namun,aku cuba menahan jiwaku yang berantakan. sedangku berkhayal..

ATHIF : woi !! da nak tembus kau pandang dia... minat la tue..hehe..nama dia suraiya hanani.. 
(seloroh athif dengan ku)
REDZUU : isyh !! mana ada... kau nie.. itu ke budak dia?takdalah cantik sangat..
 (aku cuba menyembunyikan perasaanku)
ATHIF:eleh, tak cantik konon..air liur dah meleleh pun nak tipu lagi ker???
REDZUU:  haha!macam-macamlah kau.. jom pegi makan,aku da lapar sangat ni..

******************
Hari demi hari kian berganti, sudah seminggu dia disini.semakin hari semakin aku teringat akan keindahan dia..
aku sendiri tidak mengerti apa perasaanku  padanya,tidak senang jika tidak melihatnya walaupun untuk beberapa detik. tetapi seribu kali sayang..
bukan aku seorang yang menyimpan hasrat untuk mendekatinya..
senior di sekolah mahupun di asrama, silih berganti mencuba menambat hatinya..
 pernah sekali,aku terserempak dia pada suatu malam di kooperasi asrama..
fikirku mungkin dia mahu membeli sesuatu..
di saat itu, begitu banyak telingaku menangkap bunyi-bunyi siulan sumbang memanggil suraiya..
api marak didalam hatiku pabila melihat prilaku mereka..
namun senyumanku terukir dengan sendiri pabila dia hanya mengendahkan panggilan tersebut..
jika itulah peribadinya, begitu beruntunglah sesiapa yang dipilih menjadi kekasihnya..
sudahlah cantik,setia pula ..
tetapi sudah pastinya bukan aku. walaupun,sudah beberapa kali kami terserempak..
namun sepatah katapun tidak tersebut dari ulas bibirku untuk menegurnya..
entah kenapa lidahku seakan kelu tuk berbicara sewaktu berhadapan dengannya..


*******************
*DI KELAS
Rakan kelas yang duduk diposisi hadapanku ,memulakan perbualan..

LYDIA : Red ,kau tak nak ke dengan budak baru tu?
REDZUU : Siapa???
LYDIA : Ala,buat-buat tak tau pula.. Suraiyalah..
REDZUU : Isyh ,kau nie!!Gila ke? Takkannya aku dengan dia.. ramai lagilah yang nak kan dia..abang-abang senior kita tu lagi layak dengan dia..
LYDIA : Alahai,poyo je kau ni!!rendah diri konon..kalau dah buaya tu,buaya juga..!aku rasa dia boleh jadi makanan engkau tu..
REDZUU: Apsal kau cakap macam tu?
LYDIA : Aku dengar dia kaki sosial .. 
REDZUU: Hahahaha! dah la tu,itu hal dia  ,bukan hal aku.. kau ada nota semalam tak?aku nak salinlah..hehe..
LYDIA : Isyh!!ala,kau tu kan pantang nampak yang cantik!nie dia nota yang encik buaya nak ..!
(aku hanya ketawa kecil pabila Lydia memerli pedih padaku)

sesiapa yang mengenaliku dengan lebih rapat, semuanya akan tahu perangai sebenarku..
tidak pernah setia,memilih paras rupa. kata orang, hanya ingin untuk berseronok..
lebih teruk lagi,perangai ku mengikis harta gadis-gadis yang termakan janji manis yang aku sendiri tidak boleh tunaikan. itulah redzuu.


TIGA bulan telah berlalu..dan aku di sini masih lagi tidak cukup berani untuk menegurnya..
melihat wajahnya yang seakan sombong itu,melemahkan lagi semangatku..
Di suatu pagi, sewaktu aku tamat kelas dan meluru keluar dari bilik matematik,langkahku terhenti pabila aku  melihat dengan mata kepalaku sendiri dihadapan ku ialah suraiya!!
dalam keadaan kaget aku cuba memandangnya dan sekuat hati memaksa bibirku mengukirkan selirik senyuman. tidak ku duga....


*************************
            
                 -bersambung-

Tuesday, January 25, 2011

antologi REDZUU&HANIZUU (part 3)

*sambungan dari part 2

SENYUMAN yang ku hadiahkan kepadanya tidak memberi kesan apa-apa pun. malah dengan selamba dia hanya terus berlalu dengan meninggalkan jelingan yang penuh dengan kesombongan setelah  melintasi diriku yang masih lagi tersengih menyerupai kerang busuk. fikirku, mungkin aku tidak setaraf dengan gadis seperti dia. 


****************

MENTARI yang menjelang masih lagi belum sempat mengeringkan embun di pagi hari, namun aku bersama rakan-rakanku bersemangat telah bersiap untuk ke majlis sukan tahunan yang diadakan pada hari ini. sebelum kami berangkat ke stadium, kami diberi taklimat yang cukup membosankan dipadang sekolah. disaat itu, mataku meliar mencari kelibat si dia.  agak sukar untuk melihat dia di antara ratusan pelajar yang ada disitu. setelah aku cuba mencari akhirnya aku pasrah, mungkin dia tidak sihat barangkali. aku hanya mengendahkan saja hasratku. dengan perasaanku yang hampa kami  pun bergerak ke stadium untuk pertandingan sukan tahunan.
SESUDAH aku habis melibatkan diri dalam acara lompat jauh dan lompat tinggi aku terus menuju ke tempat rumah sukanku bertapak iaitu rumah hijau. aku dan rakanku imran, berlari-lari anak menuju ke kotak simpanan minuman yang cukup mengiurkan tekakku yang kering kepenatan angkara aktiviti sebelum ini.
belum sempat aku mencapai minuman, sekali lagi aku telah dikejut kan dengan takdir Tuhan yang sukar untuk disangka..SURAIYA!!suraiya duduk keseorangan di tempat penonton bersebelahan kotak minuman yang kami tuju. aku sendiri tidak menyangka yang dia adalah pelajar rumah sukan hijau juga. seperti fatamorgana yang indah, aku cuba mengamati wajahnya adakah aku dalam alam realiti atau hanya berfantasi sendiri.
dia membalas pandanganku untuk sesaat lalu dia membingkas bangun dari tempat duduk tersebut dan berlalu,mataku mengekori gerak langkahnya..


IMRAN : woi! minum la..tadi penat sangat..
REDZUU : kau tak nampak ke tu? suraiyalah! hilang dahaga aku..
IMRAN : kau minat dia ke? kenapa tak tegur dia tadi?
REDZUU : isyh!! segan aku. masa aku senyum dengan dia pun dia jeling je kau tau.
IMRAN : haha!kau patut mandi bunga kot.REDZUU : pandailah kau! eh, kau rasa dia masuk acara apa ek?
IMRAN :tak ada acara kot, yela, lepas ni kan acara balapan je. semua lumba lari.
REDZUU : ye tak ye juga. takkan gadis secantik dia nak libatkan diri acara macam tu.perempuankan lembut, mana nak lari-lari ni. jaga air je kot.hahaha!
IMRAN : tau takpe. haha!


POOMMMM!!!!!!!nasib baik saja air minuman ku tidak tertumpah angkara bunyi pistol yang menandakan perlumbaan acara balapan berlangsung.


REDZUU : isyh, terkejut aku! nasib baik aku tak tersembur dekat muka kau Im..
(seloroh aku)
IMRAN : aku rasa memang patut kau tersembur la red..
REDZUU : haha,kenapa pula..
IMRAN : kau tengok sana! kau tengok betul-betul siapa kat trek paling tepi sekali yang tengah lari tu!
REDZUU: mana??
(sambil aku memandang ke arah telunjuk Imran...)
IMRAN: suraiya!suraiyalah red!
REDZUU : a'ah la Im!! lajunya dia lari! kau la kutuk dia tadi!isyh!bagi semangat la sikit! SURAIYA!!!laju lagi!
(sambil aku teriak ke arah trek)
IMRAN: eh?aku pula yang kena? dia yang kutuk lebih..


SETELAH tamat majlis sukan tersebut rumah hijau telah dinobatkan sebagai juara tahunan kali ini.dan dalam masa yang sama aku bertambah, gadis cantik yang tidak ku duga seaktif itu telah di anugerahi olahragawati harapan dalam acara larian 4x400m,100m dan larian yang lain, bagiku kerana dia kami menjadi juara keseluruhan.
begitu unik ciptaan tuhan ini, memiliki tubuh paras yang cantik namun tidak segan dan lemah seperti gadis lain untuk melibatkan diri dalam acara sukan.
SELANG beberapa minggu acara merentas desa pula diadakan.pelajar lelaki dilepaskan dahulu untu memulakan larian. aku cuba memperlahankan larian setelah beberapa kilometer aku berlari.dengan harapan aku dapat ketemu dia di jalan yang sibuk dengan ratusan pelajar berlari.beberapa minit aku menungu tiba-tiba aku dilewati oleh seseorang.....


************************


-bersambung-




Monday, January 24, 2011

antologi REDZUU&HANIZUU (part 4)

*sambungan dari part 3

setelah kelibat itu melewatiku , aku mengamati sosok tubuhnya dari belakang..aku pasti..ya , aku pasti dialah orang yang aku tunggu!suraiya...
aku mempercepatkan lagi langkahku untuk mengejarnya..bagiku,ini peluang yang tidak sepatutnya aku lepaskan..
peluang keemasan untuk aku menegurnya buat kali pertama..
setelah aku berada di sebelahnya , jantung aku mula berdetak dengan laju sambil memikirkan adakah patut aku menegurnya atau mengendahkan saja hasratku itu..
sedang dia masih fokus pada lariannya , aku membuka bicara.. 

REDZUU : Hye...!urmm..? hello?
(sambil aku melambai tangan padanya)

dia benar-benar tidak mengendahkan kehadiran aku..aku seperti halimunan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar..aku cuba dan terus mencuba untuk berbual bicara bersamanya..


REDZUU : ASSALAMUALAIKUM!!!
(aku cuba meninggikan suaraku)
HANIZUU : Walaikumusalam..maaf , saya ni tak pekak ye..
(dengan nada yang sinis tanpa sekilas pandang pun)
REDZUU : Hehe. sorry. nama awak suraiya kan?
HANIZUU : kalau betul pun kenapa?dah tahu kenapa lagi nak ditanya?
REDZUU : ala, kenapa awak ni nak marah-marah?janganlah sombong,saya nak berkenalan je..
HANIZUU : Saya tak berminat nak berkenalan dan malas nak kenal dengan awak..lagipun saya sudah berpunya okay????
REDZUU : ye ke? ala, awak tipukan.. saya tak dengar cerita pun awak sudah berpunya..
HANIZUU : awak kenal Russel?Dia boyfriend saya.. saya pergi dulu.. nanti ada pula orang buat cerita pada dia bila ternampak kita..

Dengan kesabaran aku cuba menahan gelora di hatiku mengenangkan ikan di kail terlepas akibat terlena..
jika aku lebih pantas dari russel untuk memikat hatinya sudah tentu dia menjadi milik ku terlebih dahulu..
mataku hanya mengekori gerak langkahnya berlari dari belakang sehingga dia hilang dari pandanganku..


******************
setelah hasrat hatiku untuk memiliki hati suraiya terbatal, aku hanya meniti hariku tanpa angan-anganku lagi..
menjadi seperti sedia kala,seperti tidak pernah berlaku apa-apa..
nak diikutkan hati ,sungguh seganku rasakan..
sejurus aku meneruskan kehidupanku di sekolah ku ini , aku telah dipanggil oleh pengetuaku , entah kenapa dan apa tujuannya untuk beliau ingin menjumpai aku..
dalam perjalanan aku ke pejabat pengetua , darah aku secara automatis bergelodak pabila terserempak dia bersama kekasihnya melintasi di hadapanku.Sungguh ceria dan bahagianya mereka menyebabkan hati ku mendidih ke tahap maksima oleh cemburu yang tidak keruan turut menyebabkan gemuruh untuk menemui pengetua sebelumnya hilang serta merta.
"dah la pengetua panggil aku!dia boleh menggedik depan aku pula!"kata kecil hatiku..
sesampai aku di bilik pengetua aku melihat guru disiplin memegang rotan yang sepertinya ketawa menanti untuk menghinggap di punggungku..


PENGETUA : apa nak jadi dengan awak ni fared???dah miskin sangat sampai menjual rokok kat sekolah ni?kami ambil awak bersekolah disini sebab nak awak berjaya!bukan jadi orang
orang yang tiada masa hadapan!!
REDZUU : saya,err..saya..


ZASSSSS!!!!!!!tanpa sempat aku bersedia dan menjawap pertanyaan yang disoalkan itu,rotan yang ku duga akan menghinggap ke punggungku ini menyerap secara pantas bisanya..


REDZUU : Aduhhhhh!!!!!
PENGETUA : ingat!!ini amaran terakhir saya..sekali ,lagi awak ulangi kesilapan ini awak akan di buang!paham??!
REDZUU : paham cikgu..
(sambil menunduk)
PENGETUA : awak boleh keluar sekarang..


-bersambung-

Sunday, January 23, 2011

antologi REDZUU&HANIZUU (part 5)

*sambungan dari part 4

setelah aku dihukum sebegitu,aku telah menyimpan hasrat untuk keluar dari sekolah ini.jika logiknya apa lagi yang tinggal untuk aku disini,rekod ku sudah buruk,orang yang aku menaruh hati pun sudah berpunya.soal pelajaran??makin hari makin merudum..
maka dengan naluri hati aku yang kuat,aku bertekad untuk berpindah saja dari sekolah ini.
bapa ku juga telah maklum akan akan hal ini dan dia hanya bersetuju apa yang aku mahukan.
selang beberapa purnama aku menerima surat balas dari KEMENTERIAN PELAJARAN untuk berpindah secepat yang mungkin ke sekolah yang lebih berdekatan di rumah ku.
pada tanggal 9.9.2008 aku telah berpindah ke SMT SELANGOR SUNGAI BULOH..aku tidak begitu gembira  pabila suasana aku bersekolah di tempat baru ku ini masih belum sesuai akibat kebiasaan aku di sekolah lama sebagai pelajar asrama..disini aku menjadi pelajar luar asrama kerana lokasi sekolah itu berhampiran saja dengan rumah ku.
setahun sudah berlalu,aku masih lagi terbayangkan suasana di SMT  SHAH ALAM dan begitu juga dengan suraiya meskipun aku sudah mempunyai teman wanita,NISHA. dia adalah seorang gadis bertudung yang terlalu baik buatku..meskipun aku ligat dengan kecurangan terhadap dia , dia masih bersabar dengan lagak aku yang tidak terbatas. aku berselingkuh dengan gadis lain dalam masa aku bersama nisha,boleh dikatakan ramai juga wanita yang berselingkuh denganku.walaubagaimanapun di hari terakhir aku menduduki SPM,nisha menyatakan keputusannya untuk menamatkan hubungan kami pada hari itu oleh sebab kami tidak lagi bersefahaman.
aku tidak begitu sesal kerana dengan perangai aku sebigini aku sedar yang aku tidak pantas buat gadis yang sebaik dia.walaupun kami sudah tiada hubungan tetapi kami masih baik sebagai kawan kerana keluarga kami juga tahu tentang hubungan kami dan kami lebih  selesa bersahabat.
setelah aku tamat duduki SPM , aku masih lagi ligat dengan perangai aku yang tidak bermoral.aku semakin ligat memainkan hati gadis yang termakan janji manis aku , aku juga mengikis duit-duit mereka,bukan itu saja..aku juga meniduri sesetengah gadis yang termasuk dalam perangkap aku.sebegitu jahatnya aku.rupa paras seorang manusia tetapi berhati iblis.
pada suatu malam aku teringat akan suraiya seorang gadis yang pernah dahulu aku dambakan dan juga gadis yang dipandang serong di sekolahku dulu.aku menyimpan hasrat untuk menjadikan dia mangsa aku seperti gadis lain oleh kerana pemikiran aku yang terhasut oleh rakan-rakan di sekolahku.bagiku dia juga akan termasuk dalam perangkapku jika benar apa kata mereka bahawa suraiya gadis liar.dengan lantasnya aku menghubungi teman baikku di sekolah dahulu, Adila..
Adila telah memberi aku nombor yang diguna pakai oleh suraiya telefon tetapi seribu kali sayang kerana nombor itu tidak dapat dihubungi lagi.
adila memberi pula laman sosial suraiya pada ku,dari situ aku cuba pula menghubunginya namun masih juga dia tidak memberi apa-apa respon terhadapku.selama 3bulan aku menanti dan terus menanti.
suatu hari sewaktu aku sedang bekerja di dalam ofisku,apa yang aku harapkan....


***************************




-bersambung-